Page 186 - 2023 CHIHSmagazine
P. 186

丹中校刊暨高中第34届及初中第37届毕业特刊




                        Kesan Pencemaran Alam Dalam Kehidupan Manusia.
                                                                                        Cheng Hui Ying (J3)


                  Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Yang
           Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian. Berdirinya saya pada
           pagi yang mulia ini adalah  untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Kesan
           Pencemaran Alam Dalam Kehidupan Manusia”.


           Hadirin yang dihormati sekalian,


                  Dalam mengecapi kemajuan di persada global, isu pencemaran alam sekitar sering
           berlaku di negara kita. Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai keadaan sekeliling
           yang mengalami perubahan sifat fizikal daripada sesuatu yang indah menjadi sesuatu yang
           kotor, berdebu, berlumpur dan tidak terurus.


           Hadirin yang dihormati,


                  Antara kesan utama pencemaran alam sekitar terhadap manusia ialah punca rezeki
           golongan nelayan dan petani akan terancam.  Hal ini dikatakan demikian kerana isu pencemaran
           air kerap kali berlaku di sungai dan di pantai. Misalnya, tumpahan minyak daripada kapal
           komersial  di  laut  akan  mencemari  hidupan  akuatik  yang  berpotensi  menjadi  punca  rezeki
           kepada nelayan-nelayan yang menangkap ikan di laut. Tegasnya, pencemaran alam sekitar
           meninggalkan kesan yang buruk kepada nelayan dan petani. Bak kata pepatah, mencegah
           lebih baik daripada merawat.

                  Pencemaran udara pula berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke
           udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok, pembakaran
           terbuka dan letusan gunung berapi. Natijahnya, penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid,
           dan pemanasan bumi akan berlaku. Tanpa disedari bahawa pencemaran udara boleh memberi
           kesan negatif terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia.

           Hadirin sekalian,

                  Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Tanah yang kurang berkualiti
           menyebabkan  tumbuh-tumbuhan  atau sayur-sayuran  yang ditanam tidak hidup  dengan
           sempurna dan tidak subur. Penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan dalam
           menurunkan kualiti tanah. Oleh itu, pencemaran tanah akan menyebabkan sumber makanan
           seperti sayur-sayuran berkurangan.

           Sidang hadirin sekalian,


                  Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan
           global, pencemaran  sungai, pembalakan  dan sebagainya  tidak akan dapat diatasi. Oleh
           itu, pencemaran alam sekitar boleh  mengancam  nyawa  dan kehidupan  kita. Menghargai,
           memulihara  dan  memelihara  alam  sekitar merupakan  tanggungjawab  kita. Kita semua
           hidup dalam satu bumi dan langit yang sama , kita hendaklah sama-sama berusaha untuk
           memelihara bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar dan cantik.


           Sekian, terima kasih.

                                                            184
   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191